Found 1 eBooks
Results for Undang-Undang Warisan Dan Alam Sekitar: Perkembangan Dan Isu Semasa
Undang-undang Warisan dan Alam Sekitar : Perkembangan dan Isu Semasa
Publisher
Penerbit UKM
Categories
General Academics
ISBN
978-967-251-619-4
File Size
3.89 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2022
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan flora dan fauna, juga peninggalan warisan. Namun, atas sebab kerakusan masyarakat yang mengejar arus permodenan, pencemaran ke atas alam sekitar tidak mampu dielakkan lagi. Pencemaran yang dihasilkan ini dikhuatiri akan mengakibatkan kesan jangka masa panjang yang buruk kepada generasi akan datang, contohnya, kepupusan flora dan fauna yang terhapus akibat pencemaran yang berterusan oleh individu yang tidak cakna akan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar, perubahan kepada geografi bentuk muka bumi dan perubahan iklim yang melampau. Tidak terhenti setakat perlindungan kepada alam sekitar, tinggalan warisan juga wajar diberikan perlindungan sepenuhnya. Peninggalan warisan negara mampu memberikan cerita di sebalik pembentukan negara, adat dan warisan yang diwarisi sejak turun temurun. Peninggalan warisan dan alam sekitar ini harus dipelihara agar generasi akan datang dapat mempelajari sejarah dan biodiversiti Malaysia. Oleh itu, buku ini boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat am, dengan harapan agar isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pembaca akan pentingnya alam sekitar dan warisan negara dipelihara dan dipulihara.