PROMOSI HARGA RUNTUH 12.12 *diskaun sehingga 90%* (RM 1.00 sahaja) More
Baru Terbit (New Arrivals) More
Best Seller More
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969) untuk menjana dan membangunkan teknologi bagi memajukan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Penerbitan MARDI terdiri daripada penerbitan berkala dan tidak berkala. Penerbitan berkala merupakan penerbitan bersiri seperti jurnal, buletin dan majalah. Penerbitan jurnal dan Buletin Teknologi MARDI diterbitkan secara atas talian (hanya keluaran isu khas sahaja dicetak), manakala penerbitan berkala yang lain dicetak. Penerbitan tidak berkala pula diterbitkan atas permintaan Pusat Tanggungjawab (PTJ) MARDI. Semua penerbitan yang diterbitkan akan melalui proses penyuntingan, reka letak atau reka grafik, semakan dan pembetulan pruf serta proses cetakan atau terbitan secara atas talian.