Untuk Sekali Lagi
🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 13.00
RM 10.40
-20% off
ISBN:
978-967-0907-60-4
Categories:
General Novel
Romance
File Size
1.41 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2017
Favorite (10)
Author
Sara KyokoSynopsis
Peluang itu… salahkah kalau meminta? Berdosakah kalau memberi?
Ini bukan cerita kahwin paksa, kahwin kontrak, atau juga bukan cerita tentang wanita yang menderita kerana menjadi isteri kedua!
Ini adalah cerita seorang wanita, Rose Raihanah yang telah berjaya menemui cinta pertamanya, Hud Daniel. Lelaki itu datang ke dalam hidupnya dengan seribu satu rasa berkait dengan cinta. Akan tetapi, cinta pertama itu datang dengan pakej harga yang sangat mahal. Dia terpaksa membayarnya dengan tekad untuk menghadapi semua cabaran yang mendatang agar kebahagiaannya dapat dipertahankan.
Lumrah seorang wanita, sekuat mana penampilannya, seteguh mana pendiriannya, pasti akan kalah juga saat diri terasa tidak diperlukan. Kalau hati sudah terluka, walaupun masa boleh menyembuh sakitnya, tapi parutnya tetap ada. Lalu, bersama rahsia yang dikandung di dalam badan, berbekalkan kecekalan seorang wanita yang terasa dirinya dipinggirkan, dia akhirnya mengatur langkah membawa diri ke perantauan. Di sana, dia bertemu dengan Ilhaan Sufiy, seorang teman yang setia dan berjaya mengisi kekosongan jiwa.
Demi sebuah kehidupan baru untuk diri dan buah hatinya, Rose Raihanah terpaksa membuat satu keputusan. Sekalipun ada hati yang bakal merana, ada jiwa yang bakal disakiti, namun dia harus memilih.
Untuk sekali lagi, Hud Daniel datang menagih sebuah kemaafan.
“…Berilah peluang kedua pada perkahwinan kita. Berilah peluang kedua untuk abang. Berilah peluang kedua pada cinta kita…” – Hud Daniel
Untuk sekali lagi, Ilhaan Sufiy juga datang menuntut.
“You’ve promised me. Untuk sekali lagi saya nak ingatkan janji itu. Ini bukan rasa yang biasa-biasa, love. Rasa ini rasa cinta, sebab itu saya terpaksa menjadi seorang yang pentingkan diri. Saya mahu cinta saya. Saya mahu awak, Rose Raihanah.” – Ilhaan Sufiy, si teman sejati
Apakah keputusan Rose Raihanah? Antara Hud Daniel dan Ilhaan Sufiy, siapakah yang bakal mendapat peluang itu?
Sesungguhnya, walau siapa pun yang bakal menerimanya, peluang itu harus ada!