Pemilik Hati Encik Doktor

Pemilik Hati Encik Doktor

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 15.00
RM 12.00
-20% off

ISBN:

978-967-0907-05-5

Categories:

Romance

File Size

8.36 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (20)

Synopsis

Siapalah yang tak nak jadi kekasih encik doktor? Dengan karisma dan paras rupa Dr Irfan, sudah pasti ramai perempuan yang tergila-gila, mengimpikan untuk menjadi teman hidup si doktor. Malangnya, Dr Irfan sukar meninggalkan cinta lamanya, lantas menjadikan Edlin sebagai eskapisme. Edlin, gadis sempoi dan selamba, sering kali mencuit hati lelaki si doktor. Aura gadis itu menghangatkan dan Dr Irfan sangat selesa apabila bersamanya. Mereka berkawan tetapi Dr Irfan lupa, tiada istilah berkawan baik antara lelaki dan perempuan. Edlin seperti gadis-gadis lain juga, ada hati dan perasaan untuk dicintai dan mencintai. Angan untuk menjadi pemilik hati encik doktor itu umpama mimpi ke bintang. Edlin tahu sangat hati doktor itu untuk siapa. Puas dilarang hatinya tetap degil juga menyimpan rasa. “Please stop calling me... doctor! Call abang pun sweet, kan sayang?” – Dr Irfan “Doktor Irfan, jangan panggil saya dengan panggilan yang awak tak maksudkan apa-apa. Tak bagus untuk hati orang! Sebab hati saya hati orang, manusia... bukan hati unta!” – Edlin Terima kasih kepada Iqzal Iqbal, seorang yang misteri, kurang ramah orangnya dan perasan macam bagus-bagus. Pertama kali berjumpa, menyakitkan hati. Setelah mengenali, lelaki itu punyai kebaikannya yang tersendiri. Iqzal Iqbal mula mewarnai kehidupan Edlin. Bukan hanya ada Dr Irfan sahaja. “Cik kak, telefon jatuh ni.” – Iqzal Iqbal “Hah!” - Edlin “Wangi bau cik kak. Rasa nak kunyah macam chewing gum!” – Iqzal Iqbal Segalanya menjadi keliru! Dr Irfan mula pandai cemburu. Hati Edlin yang jadi libang-libu, terpaksa bersabar dengan perangai pasang surut Dr Irfan. Lelah mengharap kasih yang tak kunjung tiba, Edlin nekad mengakhiri segalanya. Cinta seharusnya bukan menyakiti hati. Cinta adalah penyatuan hati. Kalau tiada cinta di hati, apa gunanya lagi menyimpan hati.