Madrasah Ramadan: Pengajaran dari Pelbagai Dimensi (Edisi Kemas Kini)

Madrasah Ramadan: Pengajaran dari Pelbagai Dimensi (Edisi Kemas Kini)

RM 10.00

ISBN:

978-983-2636-81-6

Categories:

Islam

File Size

1.56 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Synopsis

Puasa merupakan suatu ibadah fardu yang merupakan tiang agama dan Rukun Islam yang ketiga umat Islam. Ibadat puasa di bulan Ramadan mempunyai begitu banyak sekali keistimewaan dalam pelbagai sudut rohani dan jasmani. Apabila proses penyucian yang dilalui dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin ia amat penting sebagai kaedah rejuvenasi jiwa dan produktiviti umat Islam yang seterusnya akan membolehkan mereka berjaya di dalam bukan sahaja kehidupan mereka sendiri tetapi, sudah pastilah juga kehidupan seluruh masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia. Dari segi kemasyarakatan dan pembangunan ketamadunan, paling penting ibadat puasa melatih umat Islam menyedari tanggungjawab memastikan keadilan sosial terlaksana dengan mereka mengalami secara realiti hakikat kelaparan dan dengannya kemiskinan serta keterpinggiran sosial yang mengiringi kemiskinan tersebut. Dari sudut fizikal dan kesihatan pula begitu banyak kajian telah menunjukkan betapa aktiviti berpuasa amat kritikal kepada kesihatan tubuh badan manusia. Prosesproses pembersihan dan penyegaran alat penghadaman makanan merupakan asas merehat dan menguatkan semula organ-organ di dalam tubuh manusia yang pula memberi kesan kepada kecerdasan akal dan emosinya.