Love Letter

Love Letter

RM 17.50

ISBN:

9789670707402

Categories:

Teen Novel
General Novel
Romance

File Size

1.23 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Favorite (0)

Author

Minzhee

Publisher

October

Synopsis

“Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?” “No... Saya yang tak layak berkawan dengan awak!” “But why?” Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang lelaki semuanya sama saja. Lelaki takkan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa. Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya? Sibuk ke? I miss y... Dek SMS yang tak sengaja dihantar kepada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif fikir dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh My God… Malunya!!!!! “Ermmm... Saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula....” “Lis... It’s not funny at all, seriously I don’t like it! “Fine! Mesej tu saya memang nak hantar dekat awak sebenarnya! Saya nak padam tapi tertekan Send. Puas hati?” “Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku aje terus, kan senang...” Dengar saja jawapan naif daripada Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya, ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun sedaya upaya dia cuba mendekati? Hari ni, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.