Misteri Telaga Tum Bratma
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Radzemah BolhassanSynopsis
Mengisahkan misteri yang melanda Salihin apabila dia diserang penyakit gatal yang tidak sembuh-sembuh, malahan boleh membawa maut. Puas dia berusaha untuk mengubati penyakitnya, namun sia-sia. Keadaan semakin buruk apabila Salihin turut dihantui mimpi-mimpi aneh, terutamanya apabila dia menjalin hubungan dengan gadis-gadis, selain Azizah. Malangnya, Azizah terus-menerus menolak cintanya kerana dia berketurunan Melanau. Disebabkan mimpi anehnya itu juga, Salihin terus hidup membujang, dan sekarang menghidap penyakit kedal pula. Misteri semakin membingungkan apabila Salihin akhirnya mengetahui bahawa dia berketurunan Tum Bratma dan penyakit kedal yang dihadapinya berpunca daripada keterlanjurannya melanggar pantang.