ISTERI DAMBAAN DIA
🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 13.00
RM 10.40
-20% off
ISBN:
978-967-0657-94-3
Categories:
General Novel
Romance
File Size
4.76 MB
Format
epub
Language
BM
Favorite (3)
Author
Uji NorizqiSynopsis
ARTINA NEDIESHA seorang gadis metropolitan. Dia dilahirkan dalam keluarga berada dan berkedudukan. Dek kerana ketegasan dan kesombongan Engku Masitah, dia prejudis kepada ibu sendiri. RIFQI EKHSAN seorang yang berpendidikan tetapi hidup sederhana. Mengusahakan tanah di kampungnya. Seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dan penyayang orangnya. Ke kota mencari pekerjaan, menemukan dia dengan si gadis cantik, lincah dan gemar bersosial. Bekerja di bawah satu bumbung, menyebabkan Nediesha mendekati Rifqi.Namun kegedikan Nediesha cukup membuatkan Rifqi lemas.
“Cik Nediesha nak makan sini juga ke?”
“Tak. Nak tengok awak.”
“Cik nak bawa saya ke mana?”
“Pejabat kadi.”
Orang kata cinta itu buta tapi bagi aku cinta ini gila. Bila dalam hati hanya ada nama dia, mana nak nampak masalah di kemudian hari. Yang aku tahu hanya ingin memiliki dia.
Sedarkah aku dia kuli, aku anak bos? Sedarkah aku dia suasa, aku emas? Sedarkah aku wujudnya jurang di antara kami? Taraf hidup kami cukup berbeza.
“Diesha….Qi tak layak untuk memiliki Diesha apatah lagi diangkat menjadi calon menantu pilihan Datuk Rosli dan Engku Masitah. Qi tidak mahu bermimpi di siang hari...”
“Tapi Diesha yakin yang Diesha milik Qi.”
Cinta dua darjat bersatu jua tetapi mengapa bahagianya sekejap saja? Rimaskah aku hidup berlumpurkan selut di bendang? Kecewakah aku hidup tanpa kemewahan?
“Baik! Lidah kau kena pasung ek? Aku akan pergi dari sini biarpun tanpa izin kau. Kat KL nanti aku failkan penceraian. Kau tunggu surat dari lawyer aku.”
Lafaz perpisahan terlafaz. Apakah ia satu kerelaan? Aku bebas kerana aku yang lari namun puing rindu tetap ada di kamar hati. Benarkah hanya aku yang dia damba?Bolehkah aku menjadi isteri yang didamba dia lagi setelah masing-masing memijak kaca dan terluka kakinya?