Favorite (0)
Synopsis
Perhatian juga terhadap yang gemar berbekal ke akhirat. Hendaklah kita yang duduk di negeri orang bagi tujuan mencari bekalan itu menjauhkan diri daripada meniru-niru (terpengaruh) dengan perangai dan perlakuan anak-anak tempatan di situ seperti berperlakuan samseng, penjangak, sombong dan sebagainya. Ini kerana tidak munasabah (sesuai) duduk di tempat orang untuk mencai bakalan tersebut.
Demikian juga orang-orang Islam kita yang tinggal di dunia ini yang mencari bekalan untuk negeri akhirat tidak wajar sama sekali meniru perangai dan perlakuan anak-anak dunia sejatim iaitu orang-orang yang dunianya sahaja menjadi tempat kesukaannya, iaitulah segala seteru Allah. Oleh itu, sesiapa dari kalangan orang Islam kita meniru orang-orang sedemikian, maka dia akan menemui penyesalan yang amat sangat. Janganlah…Janganlah…Janganlah…