Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme

Kaedah Pemantapan Semangat Cintakan Negara melalui Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Berteraskan Patriotisme

RM 27.75

ISBN:

978-629-7689-90-6

Categories:

General Academics

File Size

4.25 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2025
Favorite (0)

Synopsis

Meskipun pendidikan yang melibatkan subjek berteraskan patriotisme bagi memantapkan semangat cintakan negara telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara kita, namun matlamat tersebut seolah-olah tidak tercapai secara menyeluruh. Hal ini terbukti melalui laporan media mengenai isu semasa yang menggambarkan kerapuhan serta kelunturan semangat patriotik warga terutamanya generasi muda. Umpamanya isu kritikan dan penghinaan terhadap institusi beraja, agama Islam, lagu kebangsaan, bendera negara dan bahasa kebangsaan. Sehubungan itu, pendidikan patriotisme yang bertindak sebagai salah satu mekanisme penting untuk memantapkan patriotisme generasi muda khususnya para pelajar perlu dikaji semula. Dalam konteks ini, kebanyakan pelajar beranggapan bahawa subjek berteraskan patriotisme adalah membosankan kerana mereka terpaksa mengingati fakta sejarah. Justeru, pengajar perlu berusaha sedaya upaya untuk menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut bagi mencapai objektif pembelajarannya. Lantaran itu, penulisan buku yang berasaskan kepada penyelidikan ini telah diusahakan untuk mengenal pasti teknik pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan patriotisme yang bersesuaian dari sudut pandang pelajar. Pendekatan penyelidikan yang berkonsepkan bawah-atas dalam pengumpulan data melalui teknik kumpulan nominal (NGT) adalah merupakan kelebihan kepada buku ini. Menerusi pendekatan ini, penentuan kaedah bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek berteraskan patriotisme adalah dilakukan oleh pelajar sendiri. Hal ini kerana, proses penghayatan patriotisme akan lebih mudah berlaku jika kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kepada pilihan dan kehendak pelajar. Ringkasnya, kaedah-kaedah yang dibincangkan di dalam bab ini adalah berpaksikan kepada kehendak dan keinginan responden sendiri supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan, menarik, hidup, interaktif serta tidak membosankan, sekali gus memberi kesan yang positif terhadap kemampuan pelajar dalam mencapai objektif pembelajaran subjek terbabit

Reviews

Similar Titles