Pengurusan Bandar Pintar: Keselamatan Sistem Maklumat Berfokus Internet Benda
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Persekitaran Bandar Pintar melibatkan penggunaan teknologi terkehadapan dalam industri revolusi 4.0 seperti teknologi Internet Benda. Penggunaan teknologi Internet Benda membolehkan maklumat daripada pelbagai sumber, pelbagai jenis peranti serta capaian ke atas maklumat menjadi mudah. Bagi membolehkan pengurusan Bandar Pintar yang memfokuskan kepada teknologi Internet Benda yang berkesan, pengintergrasian Sistem Maklumat daripada pelbagai organisasi yang baik dan selamat adalah penting untuk membenarkan pelaksanaan fungsi pemperibadian dan penganjuran-diri kepada pengguna. Keselamatan Sistem Maklumat harus dilindungi daripada ancaman seperti capaian maklumat yang tidak sah dan serangan siber. Ini penting bagi memastikan perkhidmatan organisasi di dalam Bandar Pintar berjalan lancar. Oleh itu, buku ini memperkenalkan satu kerangka pengurusan keselamatan Sistem Maklumat dalam Bandar Pintar yang didayakan Internet Benda. Kerangka ini dapat menjadi panduan kepada pihak Pengurusan Bandar Pintar, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak pemegang taruh dalam merancang, mengurus, melaksana dan memantau pengoperasian Bandar Pintar agar dapat memberikan perkhidmatan berpusatkan rakyat yang berkesan.