Teknologi Nano Optik: Pengesan Bahan Kumuh Ginjal
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Ginjal manusia merupakan anugerah Tuhan yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan kumuhan dari badan. Apabila ianya gagal berfungsi, bahan kumuhan akan berlebihan dan menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Di antara bahan kumuhan tersebut adalah urea dan kreatinin yang perlu dipantau pada setiap masa. Pemantauan boleh dilakukan oleh pengesan bio berasaskan teknologi nano optik yang mudah digunakan serta tanpa label. Teknologi tersebut ialah resonan plasmon permukaan (SPR) yang menggunakan konfigurasi Kretschmann. SPR merupakan fenomena yang berlaku apabila wujud interaksi di antara tenaga optik tuju dan elektron yang wujud pada permukaan logam nipis. Sensogram yang diperolehi dari kaedah pemantauan ini menunjukkan kestabilan pengesan bio SPR dalam mengesan larutan urea dan kreatinin pada kemolaran yang berbeza. Selain itu, teknologi pengesan bio SPR dengan filem nipis emas (Au) berkonfigurasi Kretschmann pada dua panjang gelombang sinar optik terbukti dapat mengesan urea dan kreatinin.