SYURA: Pelaksanaannya dalam Pengurusan Aktiviti Dakwah di Sekolah

SYURA: Pelaksanaannya dalam Pengurusan Aktiviti Dakwah di Sekolah

RM 26.00

ISBN:

eISBN978-629-486-299-9

Categories:

General Academics
Islam

File Size

3.52 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Praktis syura haruslah difahami secara lebih meluas dan dinamik kerana keupayaannya yang cenderung kepada mendidik setiap anggota masyarakat untuk memerdekakan cara berfikir, menulis, memberi pendapat, pandangan dan kritikan secara harmoni tanpa sebarang rasa bimbang bekaitan jurang pangkat mahupun kuasa yang wujud antara mereka. Sehubungan itu, syura bukanlah sekadar tuntutan terhadap pemerintahan berkaitan negara, pemilihan pemimpin, politik, strategi peperangan dan ketenteraan semata-mata. Tetapi syura yang dituntut oleh ajaran Islam itu adalah lebih luas dimensinya merangkumi kedah serta panduan penyelesaian tentang cara hidup, cara berfikir, mengurus, komunikasi dan juga kaedah bermuamalat. Jika Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengamalkan syura dalam setiap permasalahan yang dihadapi berkaitan kemaslahatan umatnya, apatah lagi kita manusia biasa yang banyak kelemahannya. Dalam aspek pengurusan dakwah dalam pendidikan misalnya, tuntutan syura seharusnya menjadi budaya dalam kalangan warga pendidik. Implikasi positifnya  bukan sahaja berupaya mewujudkan hubungan sejahtera dalam kalangan warganya tetapi juga berupaya memastikan setiap aktiviti dakwah yang dirancang itu dapat dilaksana dengan jaya serta mencapai matlamatnya.