Kesedaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia

Kesedaran Pendidikan Alam Sekitar di Malaysia

RM 46.50

ISBN:

978-629-7689-78-4

Categories:

General Academics
Lifestyle
Science

File Size

39.41 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini khususnya ditujukan kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan bahan berkaitan dengan kesedaran alam sekitar dan pendidikan alam sekitar yang menjadi antara inti pati kepada pembangunan lestari yang diwar-warkan pada masa sekarang. Buku ini datangnya daripada kesedaran untuk menambahkan bahan-bahan yang lebih berunsurkan kepada alam sekitar, pendidikan dan seterusnya kesedaran tentangnya. Masyarakat Malaysia yang telah lama merdeka dan secara dinamik telah berubah untuk menjadi masyarakat madani yang mengambil berat tentang alam sekitarnya. Masyarakat yang sedar tentang kepentingan alam sekitar secara langsung adalah masyarakat yang sejahtera hidupnya. Kesemua artikel datangnya daripada penyelidikan dan kajian tindakan yang telah mereka lakukan. Kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar perlu dipupuk di peringkat anak-anak masih kecil lagi. Mereka perlu diberikan pengetahuan yang secukupnya tentang alam sekitar. Ini disebabkan bumi yang mereka diami ini hanya ada satu sahaja dan tiada penggantinya. Alam sekitar ini perlu diurus dengan baik untuk kepentingan generasi pada masa hadapan. Justeru, pengetahuan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar perlu mereka ketahui di samping amalan dan tingkahlaku yang positif perlu diterapkan agar alam sekitar ini tidak terus musnah atas tangan mereka sendiri. Diharapkan buku ini dapat dijadikan bahan rujukan di peringkat pra-universiti dan universiti, rujukan oleh para penyelidik dalam bidang pendidikan dan pengurusan alam sekitar. Dengan memahami isu-isu yang dibincangkan membantu meningkatkan kesedaran untuk menjaga dan menguruskan alam sekitar ini dengan lebih bertanggungjawab.