Pendidikan Bersepadu Komprehensif: Satu Gagasan Pemikiran
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
NOOR HISHAM MD NAWISynopsis
Buku ini menghimpunkan semua konsep penting yang berkaitan secara langsung dengan konsep pendidikan bersepadu bermula daripada kefahaman yang paling asas (konsep ilmu) sehingga kepada sistem pendidikan yang merangkumi pendidikan formal, pendidikan keluarga dan pendidikan komuniti. Himpunan keseluruhan konsep ini dianggap komprehensif kerana terkandung dalamnya semua elemen asas yang diperlukan untuk melaksanakan konsep pendidikan bersepadu di semua peringkat dan sektor kehidupan sama ada sebagai penggubal, pelaksana, penilai dan juga pengamal. Setiap bab utama dalam buku ini dibekalkan dengan ilustrasi yang akan membantu pembaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan secara cepat dan mudah. Ilustrasi in kemudiannya akan bergabung untuk membentuk satu kerangka besar yang akan menjelaskan konsep pendidikan bersepadu secara komprehensif. Umat Islam pada hari ini seharusya mempunyai keberanian untuk bangkit semula dalam acuannya yang tersendiri dan bukannya terikat dengan permainan sistem pendidikan semasa yang diolah sedemikian rupa untuk mengikat seluruh warga pendidik dengan status quo sistem sedia ada.