Sensor Optik: Penderia Ammonium Gentian Optik Resonans Plasmon Permukaan

Sensor Optik: Penderia Ammonium Gentian Optik Resonans Plasmon Permukaan

RM 25.00

ISBN:

9786294862302

Categories:

General Academics
Engineering & IT

File Size

12.72 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Ammonia (NH3) adalah elemen penting untuk menghasilkan baja tumbuhan pertanian. NH3 merupakan sebatian kimia yang terlarut dalam air untuk menghasilkan ammonium ion (NH4+) yang menjadi sumber nutrien kepada tumbuhan. Namun jumlah NH4+ yang berlebihan akan menyebabkan kesan buruk terhadap keseimbangan sistem dan kelestarian sumber air. Teknik yang sedia ada untuk pengesanan NH4+ dalam sumber air adalah kompleks, tidak boleh segera dikesan dan memakan masa. Oleh itu, buku ini memfokuskan kepada pengubahsuaian struktur κ-karagenan iaitu ekstrak rumpai laut dan digunakan sebagai bahan utama dalam teknik penderia gentian optik. Siasatan permukaan dan interaksi κ-karagenan yang telah diubah suai dengan NH4+ turut disiasat. Seterusnya, penderia NH4+ gentian optik dicipta menggunakan κ-karagenan terubah suai sebagai bahan penderia dan dibandingkan kebolehannya dengan kaedah pengesanan lain. Penciptaan penderia gentian optik terbitan κ-karagenan telah membuktikan peningkatan kebolehan penderiaan berbanding kaedah lain setelah struktur asal κ-karagenan diubahsuai. Penciptaan penderia ini adalah penting dalam pemantauan kualiti air terutama untuk pengesanan NH4+ dengan kelebihan mudah, cepat dan mudah alih berbanding dengan penderia sedia ada.