PEMBENTUKAN IDENTITI REMAJA MUSLIM MENERUSI KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Remaja merupakan aset berharga kepada keluarga, agama dan negara. Pembangunan remaja berkait rapat dengan kemahiran keibubapaan yang diaplikasikan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dalam era dunia tanpa sempadan (borderless world) ini, keluarga berhadapan dengan cabaran-cabaran semasa yang memberi kesan signifikan terhadap pembentukan jati diri remaja. Justeru, personaliti ibu bapa haruslah diperkasakan agar dapat menjadi contoh teladan kepada anak-anak di samping mengetahui dan mengamalkan kaedah-kaedah terbaik dalam pendidikan anak remaja. Menyedari kepentingan ini, buku ini ditulis bagi memberikan motivasi kepada para remaja untuk mengetahui keperibadian dan identiti remaja Muslim berkualiti seterusnya menjadi panduan kepada para ibu bapa bagi mengamalkan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak remaja sebagaimana tuntutan Islam dan sunnah Rasulullah SAW. Buku ini juga boleh dimanfaatkan kepada institusi badan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pelaksanaan program dan modul berkaitan rumah tangga, remaja dan kekeluargaan. Di samping itu, buku ini sangat berguna kepada kaunselor Muslim, para pelajar, pendakwah serta pihak yang terlibat secara langsung dalam bidang pembangunan remaja dan keluarga.