Teknologi Karbon Nano: Prestasi dan Efisiensi Bahan Mangkin Nikel

Teknologi Karbon Nano: Prestasi dan Efisiensi Bahan Mangkin Nikel

RM 31.50

ISBN:

9786294861732

Categories:

General Academics
Engineering & IT

File Size

7.88 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Karbon nano merupakan elemen utama muka bumi yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aplikasi. Potenssi dan keunikannya menjadikan teknologi bahan nano sangat relevan pada masa kini. Diantara keunikan bahan karbon adalah sifat fizikal seperti mekanikal, optik, elektronik, fleksibiliti dan biokompatibiliti kimia yang baik. Pembuatan karbon ini boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan perantara reaktif gas karbon monoksida (CO) yang terbentuk daripada penguraian karbin dioksida (CO2) di atmosfera yang menjadi punca kepada pemanasan global. Molekul CO2 sebagai bahan asas adalah terhad kerana sifat stabil menyukarkan penukaran kepada bahan kimia bertambah nilai. Karbon sebagai bahan kimia bertambah nilai dihasilkan secara tindak balas Boudouard berbalik dengan kehadiran siri mangkin Nikel (Ni). Buku ini memperincikan prestasi tiga siri mangkin berasaskan Ni: logam oksida-Ni, dwilogam-Ni dan Ni-berpenyokong terhadap pembentukan karbon efisien. Sistem mangkin yang dibangunkan berjaya mewujudkan fenomena kesan sinergik aloi dan akses tapak aktif yang tinggi bagi penukaran CO kepada karbon secara berkesan. Pembentukan spinel kompleks NiCr2O4 bertindak sebagai tapak aktif dan dapat mengekalkan aktiviti pemangkin dan saiz kristal spesies Ni semasa pertumbuhan karbon secara berterusan tanpa beraglomerasi. Proses kimia ini berjaya menghasilkan alotrop karbon jenis CNT pada suhu rendah dengan hasil sebanyak 81% bt/bt. Produk komposit ini berpotensi untuk direvolusikan dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa sebagai perisai elektromagnet termaju, mengurangkan kerentanan pesawat kepada serangan kilat dan gangguan elektromagnet.