Helah Riba dalam Transaksi Jual Beli Emas secara Bertangguh

Helah Riba dalam Transaksi Jual Beli Emas secara Bertangguh

RM 21.00

ISBN:

9786294861978

Categories:

General Academics
Business & Management

File Size

2.90 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini diharap dapat memberikan penjelasan mengenai garis panduan urus niaga emas menerusi transaksi dalam talian (online) agar menepati syariah dan tidak berlakunya unsur bertangguh yang membawa kepada riba al-nasiah. Perubahan zaman yang membawa kepada pembelian emas secara dalam talian serta menerusi kaedah kunci harga (lock price) memerlukan para sarjana untuk memahami selok-belok perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam bidang urus niaga emas ini. Cabaran utama yang dihadapi ialah emas merupakan item ribawi yang mempunyai garis panduan khusus dalam Islam yang tidak boleh wujud unsur bertangguh. Hal ini kerana, transaksi dalam talian menyaksikan urus niaga telah selesai, namun emas masih lagi belum diterima secara hakiki oleh pelanggan. Diharapkan isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini mampu memberikan satu solusi terbaik untuk dimanfaatkan oleh syarikat, perbankan dan orang ramai. Satu usaha mesti diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendatangkan solusi serta cadangan untuk memperlihatkan kepada pelanggan secara umumnya agar setiap transaksi yang semakin moden tetap mematuhi syariah.