Eksplorasi Protein Kecil dalam Genom Kulat Glaciozyma Atartica Secara Kaedah Pengkomputeran
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Adakah anda meminati bidang biologi dan pada masa yang sama berminat dengan sains komputer? Mari terokai misi pencarian protein-protein kecil dalam pelbagai spesies kulat yang mendiami ruang berbeza di muka bumi melalui kaedah perkomputeran. Buku ini akan membawa anda mendalami biologi dan kepentingan protein kecil yang penting bagi memastikan kelestarian kulat yang hidup dalam persekitaran berbeza. Cabaran dan kaedah pengenalpastian serta fungsi biologi protein kecil ini menjadi topik utama yang dipersembahkan di dalam buku ini. Buku ini adalah mengenai kewujudan gen-gen pengekod protein bersaiz kecil atau protein mini yang selama ini sering dianggap sebagai "gen palsu" tetapi sebaliknya mempunyai peranan yang sangat penting dalam kefungsian biologi bagi pelbagai organisma hidup. Buku ini diinspirasikan daripada hasil penulisan tesis bertajuk "Pencarian Rangka Bacaan Terbuka Kecil dalam Genom Kulat dan Penciriannya dalam Kulat".