KOLEKSI KHUTBAH JUMAAT 2021

KOLEKSI KHUTBAH JUMAAT 2021

RM 20.00

ISBN:

978-967-19251-1-9

Categories:

General Academics
Islam

File Size

0.54 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Khutbah berperanan sebagai satu medium yang penting dalam menyampaikan pengajaran, maklumat dan isu-isu semasa umat Islam. Melalui khutbah yang disampaikan juga, ahli kariah dapat peringatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan dunia dan akhirat mereka.

 Buku ini merupakan buku ketiga yang diterbitkan oleh Pusat Islam UTM (PIUTM) dalam usaha mengumpulkan teks khutbah yang ditulis sendiri oleh para asatizah PIUTM. Ini adalah sebahagian usaha untuk memberi peluang para asatizah PIUTM menyampaikan mesej kepada warga UTM dalam bentuk penulisan dan penerbitan.

Selain itu, teks khutbah ini juga sesuai digunakan oleh khatib di masjid dan surau jumaat kerana mengandungi berbagai tajuk yang umum dan sesuai dengan peristiwa tertentu.

Akhir kalam, setinggi kemaafan atas kekurangan dan kekhilafan yang terdapat dalam buku ini. Ruang kepada komen dan kritikan yang membina sentiasa terbuka. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Saya berdoa agar usaha dan kerjasama yang disumbangkan beroleh ganjaran daripada Allah SWT.