Penganggaran Saiz Gelembung Spekulatif Rasional Menggunakan Pendekatan Johansen-Ledoit-Sornette Umum

Penganggaran Saiz Gelembung Spekulatif Rasional Menggunakan Pendekatan Johansen-Ledoit-Sornette Umum

RM 12.00

ISBN:

9789674618988

Categories:

Finance & Investments

File Size

4.03 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (1)

Synopsis

Sistem kewangan memainkan peranan penting sebagai perantara untuk mobilisasi modal dan peruntukan sumber ekonomi serta sebagai penyedia pembayaran dan perkhidmatan penyelesaian (settlement). Sistem kewangan yang stabil, cekap dan maju merupakan kunci yang membantu pembangunan ekonomi yang mapan. Sistem kewangan terdiri daripada tiga unsur utama iaitu institusi kewangan, pasaran kewangan dan sistem pembayaran.

Dalam monograf ini, hanya pasaran kewangan sahaja yang diuji. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keadaan ekonomi semasa dengan melihat kepada hubungan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan saiz gelembung spekulatif rasional dalam pasaran kewangan yang dipilih dengan menggunakan model Johansen-Ledoit-Sornette Umum (JLSU).

Pasaran kewangan yang dipilih ialah indeks pasaran saham daripada Amerika Syarikat, China dan Jepun iaitu S&P 500, Nikkei 225 dan Hang Seng. Hal ini kerana, tiga negara ini merupakan kuasa besar yang mendominasi ekonomi dunia. Data indeks saham dipilih daripada tahun 1965 sehingga 2018 dan dibahagikan kepada lima kitaran. Hanya data indeks saham Hang Seng diambil daripada tahun 1969 sehingga 2018 disebabkan indeks saham bagi negara China mula diperkenalkan pada tahun 1969. Kitaran pertama bagi setiap indeks saham ialah dari tahun 1965 hingga 1975 (1969 hingga 1975 bagi Hang Seng), kitaran kedua adalah dari tahun 1976 hingga 1985, kitaran ketiga adalah dari tahun 1986 hingga 1997, kitaran keempat dari tahun 1998 hingga 2008 dan akhir sekali kitaran kelima dari tahun 2009 hingga 2018. Hasil awal bagi monograf ini adalah dengan mengenal pasti saiz gelembung spekulatif rasional bagi kelima-lima kitaran bagi setiap indeks saham. Saiz gelembung spekulatif rasional bagi setiap kitaran dikenal pasti dengan menggunakan model JLSU bagi melihat ketepatan model JLSU dalam menganggar dan meramal saiz gelembung.

Ralat bagi saiz gelembung yang dikenal pasti dan saiz gelembung sebenar adalah dalam kadar yang rendah iaitu dalam lingkungan 0.18% sehingga 7.85% yang menunjukkan ramalan yang tepat. Hal ini menunjukkan ketepatan model JLSU dalam meramal saiz gelembung. Oleh yang demikian, kajian diteruskan dengan meramal saiz gelembung spekulatif rasional bagi kitaran keenam iaitu bagi tahun 2019 hingga 2028.

Nilai saiz gelembung spekulatif rasional bagi kitaran keenam menandakan sekiranya saiz gelembung melebihi nilai tersebut, diramalkan bahawa gelembung berkemungkinan untuk pecah. Seterusnya, analisis hubungan di antara saiz gelembung dan KDNK dijalankan untuk melihat hubungan antara saiz gelembung dan KDNK juga kesan perkembangan saiz gelembung terhadap pertumbuhan ekonomi (yang dilihat menerusi kadar pertumbuhan KDNK dari tahun 1965 hingga 2017). Kesimpulannya, monograf ini membuktikan bahawa model JLSU mampu untuk meramal saiz gelembung spekulatif rasional pada masa hadapan. Tambahan pula, hubungan positif yang ditunjukkan di antara KDNK dan saiz gelembung spekulatif rasional mampu membantu para pelabur dan institusi kewangan untuk melihat perkembangan ekonomi semasa.