WACANA PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini merupakan sebahagian artikel dari 5th International Islamic Heritage Conference (5th ISHEC) yang berlangsung pada 15-16 Mac 2023 di Kampus Bandaraya Melaka dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Melaka. 5th ISHEC 2023 mendapat penyertaan seramai 117 peserta yang terdiri daripada 6 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Yaman, Arab Saudi, India dan Pakistan.
Terdapat 9 tema utama ISHEC 2023 iaitu: al-Quran dan al-Hadith; Manuskrip dan Warisan; Syariah dan Undang-Undang; Ekonomi dan Kewangan Islam; Akidah an Pemikiran Islam; Pendidikan dan Peradaban; Dakwah dan Komunikasi; Sains dan Teknologi; Pengurusan dan Kepimpinan.
Rentetan itu, terdapat 14 artikel yang telah terpilih dan dinilai oleh panel penilai mengikut kepakaran bidang masing-masing. Ia menjadikan 14 bab dalam buku ini merangkumi tema-tema dalam ISHEC 2023. Aplikasi terhadap pengetahuan mengenai pengajian Islam kontemporari ini diharapkan berupaya membantu masyarakat Islam memahami, mengamalkan dan menghayati cabaran semasa mengikut landasan perspektif Islam.