I Want You Back

I Want You Back

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 16.00
RM 11.20
-30% off

ISBN:

iwantyouback

Categories:

General Novel

File Size

0.82 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (2)

Synopsis

Dituduh curang dek satu insiden, Faozan Noah bungkam. Sedangkan dialah lelaki terakhir kiriman Tuhan teruntuk khas buat Nara Liana. Asbab itu juga, Faozan Noah nekad untuk menambat kembali cinta sang isteri.

Pelbagai cara digunakannya. Ah, peduli apa! Kuasa veto pelindung sukma Nara Liana adalah dirinya. Tidak dapat cara baik, Faozan Noah guna cara halus. Nak kisah apa, mereka telah halal di sisi agama.

Setakat peluk, cium, rangkul isteri sendiri tiada siapa larang. Allah lagi suka. Suami-isteri yang sentiasa berkasih sayang.

“Abang bukan buat benda haram, sayang. Setakat peluk dan cium isteri sendiri takkan berdosa. Dapat pahala lagi ada.” – Faozan Noah

“Jangan kacau Nara dalam kelas boleh tak, abang. Tak malu ke orang gelakkan kita. Tolong jaga air muka Nara sebagai tenaga pengajar mereka.” – Nara Liana

Namun, Nara Liana tetap melancarkan perang bisunya. Keras betul hati isterinya ibarat batu kerikil. Sukar untuk diasah. Berkali-kali cuba tetap sama hasilnya.

“Abang milik Nara seorang. Hak mutlak Nara Liana. Tak ada seorang pun berhak dekati abang. Tapi bila abang mula pegang tangan perempuan lain. Perasaan hak mutlak tu menjadi goyah segoyah-goyahnya, abang.” – Nara Liana

Faozan Noah hilang madah. Apa lagi yang perlu diusahakannya untuk memenangi kembali hati remuk-redam seorang isteri. Pada dirinya, tidak salah untuk seorang suami mengakui kekhilafan diri.

Tidak salah untuk meminta maaf dan menyedari kesalahan sendiri. Tidak salah meminta maaf walaupun diri sendiri tidak tahu punca kemarahan yang diamukkan isterinya. Benarlah, beras suami beli tetapi kasih sayang seorang isteri tidak terperi.

“Tangkaplah abang, sayang. Tangkaplah abang dalam penjara cinta, sayang. Daripada abang dipenjara oleh rindu yang tak bertepi ini. Abang rindukan senyuman manis, lirikkan manja dan sentuhan kasih dari sayang.” – Faozan Noah

Berjayakah Faozan Noah merebut kembali cintanya bersama Nara Liana? Adakah kesudahan perang bisu ini berjaya dinoktahkan? Bagaimana pula dengan kehadiran Delilah Astilla secara tiba-tiba antara mereka?

Sama-sama kita telusuri dalam kisah ‘I Want You back’!