Peritnya Sebuah Ramadhan

Peritnya Sebuah Ramadhan

🛍️Year End Sales🛍️
Sale ends in
RM 15.00
RM 10.50
-30% off

ISBN:

peritnyaramadhan

Categories:

General Novel

File Size

0.86 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (2)

Synopsis

Dilahirkan dalam keluarga yang serba daif, Natrah berusaha untuk mengubah nasib keluarganya. Man jadda wajadda. Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya. Satu prinsip hidup yang disokong dan dipegang kuat oleh Natrah.

Kematian arwah abah telah merencatkan kehidupan mereka sekeluarga. Kini, segala perbelanjaan, segala keperluan sekolah adik-adik juga segala punca kewangan terbeban di pundak emaknya seorang diri.

Sebagai kakak sulung, Natrah nekad untuk mencari kerja demi membantu meringankan beban emaknya. Tatkala dirinya tidak lagi terikat dengan peperiksaan SPM, Natrah keluar mencari kerja. Pelbagai penolakkan diterima olehnya. Namun, putus asa bukan tekadnya.

Pucuk dicita ulam mendatang, satu peluang kerja menyapa. Natrah dipanggil berkerja di sebuah rumah mewah milik Datin Sri Faridah. Namun, bayaran yang diterima setimpal dengan pekerjaan yang diamanahkan kepadanya.

Ada sahaja lagak kekwat Datin Sri Faridah menyebalkannya. Ada sahaja setiap perilakunya kurang disenangi oleh wanita tua itu. Citarasa mereka bagai langit dan bumi.

Namun, menjadi CCTV bergerak kepada Datin Sri Faridah bukanlah semudah ABC sungguh pun wanita itu berkerusi roda.

Ada sahaja mahunya. Hitam katanya maka hitamlah jawapannya.

You pergi tukar dulu baju tu. Muka sememeh macam ni nak dekat dengan I memang kirim salam.” – Datin Sri Faridah

“Ini sahaja… baju terbaik… yang saya ada, Datin Sri.” – Natrah

“Dengan pakaian yang lusuh, seluar pun tetas-tetas. Tudung senget-benget. Macam ni nak jadi teman I? Huh! Budak ceruk mana you cari, Tasha?” – Datin Sri Faridah

“Saya anak orang susah, Datin Sri. Saya nekad tolong emak yang memerlukan duit membesarkan adik-adik yang masih bersekolah. Sungguh pun Datin Sri tak nak saya kerja di sini, janganlah mencemuh saya seperti ni. Tak semua anak lahir dalam dulang emas. Kalau Datin Sri tak suka, saya akan pergi, Datin Sri.” – Natrah

Nekad untuk pergi namun lain di minda lain di hati. Emak adalah segala-galanya bagi Natrah. Siapa yang akan menolong emak sekiranya dia dengan mudah patah hati, sakit hati dan terjeruk hati dengan segala kelaku Datin Sri Faridah terhadapnya?

“Maafkan mummy I, dik. Sejak ditimpa lumpuh ni dia memang kuat marah-marah. I dah tak larat nak cari care taker lain. Anggap sahaja kata-kata nistanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri ya. Mummy I dunia dia sekarang hanya rumah dia sahaja. Dia dah tak nak lihat dunia luar. I memang perlukan seseorang untuk teman mummy.” – Tasha

“Kau ni memang budak baik. Mummy aku herdik kau, jeling kau, marah kau, kau tetap berbuat baik dengan dia. Aku memang salute dengan kau, budak kecik! Kebal jugak hati kau ya.” – Asfan Huna

Tidak cukup dengan peel si Datin Sri Faridah, anak terunanya juga turut sibuk menghuru-harakan dunia Natrah. Ada sahaja keletahnya mengusik Natrah.

Natrah, dirinya ibarat telur di hujung tanduk. Datin Sri Faridah tidak sudah-sudah menunjukkan taringnya. Asfan Huna terus-terusan menghulur salam perkenalan. Apakah yang terjadi seterusnya di antara mereka?

Sama-sama kita ketahui dalam Peritnya Sebuah Ramadhan.