Datangnya Bersama Matahari

Datangnya Bersama Matahari

RM 22.00

ISBN:

dbb-dbm-24-001

Categories:

General Novel

File Size

13.88 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (1)

Author

Tiffirah

Synopsis

Penduduk Baghdad dan para cendekiawan menjadi mangsa kekejaman tentera Mongol. Mereka dipenggal dan dibunuh secara kejam, tanpa pandang bulu. Kejatuhan Baghdad membawa malapetaka yang mengubah wajah kota itu selamanya. Baghdad, yang dulunya merupakan pusat kebudayaan dan ilmu pengetahuan yang gemilang, kini menjadi reruntuhan dari masa lalu yang gemilang.

Sejak hari itu, Baghdad tidak lagi sama seperti dahulu. Bekas kejayaan dan kegemilangan kota itu terkubur dalam abu dan kehancuran. Walaupun usaha-usaha dilakukan untuk memulihkan kejayaan masa lalu, tetapi bayangan kehancuran yang diakibatkan oleh tentera Mongolia masih melekat erat dalam ingatan penduduk kota. Baghdad tetap menjadi saksi bisu kepada tragedi yang melanda, mengingatkan kita akan keperitan peristiwa yang tidak boleh dilupakan dalam sejarah kebudayaan manusia.

“Okey lepas tu? Hannah tahu tentang sejarah Baghdad tu tapi apa kena mengena dengan situasi kita sekarang?”, desak Hannah dengan perasaan tidak sabar.

Hijanah mengangkat kedua-dua belah tapak tangannya, “Sabar. Ini baru permulaan. Kamu ingat tak mak cakap yang pengasas Baitul Hikmah tu dari Bani Abbasiyah?”

“Ya?”

Darul Hikmah membawa pembaca ke dalam dunia yang penuh dengan misteri, konflik, dan kejayaan intelektual. Ia mengajak kita untuk menyelami sejarah yang kompleks dan memahami bagaimana para cendekiawan Islam berjuang untuk menjaga keilmuan mereka dalam menghadapi ancaman dari dalam dan luar. Dengan naratif yang mendalam dan watak-watak yang menginspirasikan, buku ini pasti akan memukau dan menggugah minat sesiapa sahaja yang dahagakan pengetahuan dan kisah-kisah epik dari masa lalu.