Isu Dakwah Ketika Pandemik COVID-19
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Karya Kandungan ini berkaitan dengan isu pandemik COVID-19 yang memberi kesan terhadap pelaksanaan dakwah serta mengupas tentang cabaran dan usaha pendakwah dalam meneruskan aktiviti dengan bantuan teknologi siber. Bab dalam buku ini adalah hasil penelitian ilmiah secafra analisis kandungan, kajian literatur dan secara lapangan yang melibatkan penulis daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Maklumat dalam buku ini bermanfaat dan diperlukan oleh masyarakat terutama pendakwah dalam menghadapi situasi yang mencabar seperti pandemik. Walaupun pengkhususan ditumpukan kepada isu COVID-19, namun ia sesuai untuk dijadikan panduan dalam mendepani perkembangan dunia teknologi maklumat yang makin canggih serta memahami hukum-hukum berkaitan dengannya. Terdapat ilmu-ilmu baharu yang disampaikan terutama artikel yang berkaitan dengan pernyataan hukum dan keperluan teknologi maklumat dalam memenuhi maqasid syariah. Kepelbagaian pendekatan dan isu yang dikemukakan dalam manuskrip ini menjadikannya ia merupakan karya yang segar, berinovasi dan bernilai untuk pembaca.