Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia dalam Konteks Maqasid Al-Syariah

Tanggungjawab Sosial Korporat Syarikat Berkaitan Kerajaan di Malaysia dalam Konteks Maqasid Al-Syariah

RM 21.00

ISBN:

978-629-486-065-0

Categories:

General Academics
Islam

File Size

3.64 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini membincangkan amalan CSR dalam kalangan GLC di Malaysia berdasarkan kerangka maqasid al-shariah menerusi lima elemen iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Amalan CSR di Malaysia disemarakkan lagi dengan penerbitan Buku Perak yang menjadi garis panduan khusus kepada GLC untuk melaksanakan CSR dan melaporkannya secara tahunan. Sehingga kini, CSR telah menjadi amalan korporat di GLC yang tidak hanya menumpu kepada pemegang saham, pekerja dan pelanggan sahaja tetapi juga melangkau kepada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan alam sekitar. Buku ini terdiri daripada lima bab yang membincangkan berkaitan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari perspektif maqasid al-shariah. Perbahasan yang dibuat menyentuh tentang konsep CSR barat dan Islam serta bagaimana maqasid al-shariah dapat diterapkan dalam amalan CSR masa kini. Buku ini juga mengupas amalan CSR dalam kalangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia dalam konteks maqasid al-shariah. Pada dua bab terakhir, buku ini telah mengenengahkan cadangan penambahbaikan amalan CSR berlandaskan maqasid al-shariah serta prospeknya di Malaysia. Memandangkan CSR menjadi amalan di kebanyakan negara, penulis berpandangan ia perlu diselarikan dengan prinsip-prinsip Islam seperti maqasid al-shariah, terutamanya bagi syarikat-syarikat korporat Islam, institusi perbankan Islam dan GLC yang patuh syariah. Buku ini sesuai dibaca oleh para penyelidik dan ahli akademik untuk menambahkan rujukan ilmiah mereka dalam menjalankan penyelidikan berkaitan CSR Islam. Dari aspek praktikal pula, buku ini dapat membekalkan maklumat yang berguna kepada beberapa pihak di peringkan persekutuan yang terlibat merangka polisi dan memantau perlaksanaan CSR di Malaysia seperti Kementerian Kewangan Malaysia. Begitu juga dengan pihak berautoriti yang menyelaras berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia seperti JAKIM dan JAWHAR. Buku ini juga sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang memerlukan kefahaman berkaitan penerapan maqasid al-shariah dalam amalan CSR oleh GLC di Malaysia.