Kompas Kepimpinan Daripada Madrasah Al-Quran

Kompas Kepimpinan Daripada Madrasah Al-Quran

RM 40.00

ISBN:

9786294930186

Categories:

Motivation
History
Islam

File Size

11.90 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Favorite (1)

Synopsis

Intipati kepimpinan yang baik itu sebenarnya terhasil daripada prinsip dan nilai yang dicorak dalam proses pembentukan seorang pemimpin yang baik.

 

Kompas Kepimpinan daripada Madrasah Al-Quran lebih bertumpu kepada formula-formula dan intipati kepimpinan al-Quran menerusi sosok kepimpinan Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml yang kemudiannya dipraktikkan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fateh melalui kajian sejarah Uthmaniyyah.

Istimewanya karya ini dalam menghubungkan dua tokoh yang sering dilihat asing dan jauh kerana keagungan dan kekuatan yang berjaya dicapai pada zaman masing-masing. Karya ini membawakan konsep penting yang menhubungkan dua disiplin ilmu iaitu al-Quran dan sejarah, pada peristiwa lampau dan realiti.

Karya ini berhasrat mendefinisikan ibrah kepimpinan daripada prinsip-prinsip al-Quran yang bertujuan membentuk keperibadian muslim profesional melalui akronim F-A-T-E-H
F- Futuristic

A- Active

T- Teamwork

E- Enlightment

H- Humanity

 

Semoga buku ini mampu memberikan nafas baru kepada seluruh masyarakat Islam khususnya para pengkaji al-Quran dan sejarah tokoh-tokoh besar Islam dengan persembahan yang berbeza dan interaktif. Diharapkan buku ini juga merangsang semangat pembaca bagi mewujudkan semangat dan peribadi unggul seperti tokoh-tokoh kepimpinan Islam yang terdidik dengan prinsip-prinsip Al-Quran sekaligus menghidupkan kembali kehebatan dan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.