Fotogrametri Dron Rupa Bumi Digital dari Tetapan Berbeza
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Model Rupa Bumi Digital (DTM) ialah model yang menunjukkan rupa topografi dan mempunyai koordinat serta serta ketinggian yang tepat di suatu kawasan. Ia sering digunakan oleh para saintis dan juruukur dalam meneroka topografi bumi untuk pelbagai tujuan. Pelbagai teknik boleh dijalankan untuk menghasilkan DTM seperti LiDar, remote sensing, ukur tanah dan fotogrametri melalui dron. Fotogrametri dron menjadi pilihan kebanyakan pengguna kerana ia sangat fleksibel dan mudah digunakan. Namun, ketepatan DTM melalui dron sering menjadi isu kerana terdapat pelbagai tetapan dari aspek titik kawalan bumi, tinggi penerbangan, topografi kawasan dan hari cerapan dijalankan. Jika anda ingin belajar bagaimana proses ini dijalankan dan berminat untuk mengetahui bagaimana isu diterokai, buku ini bakal membimbing dan membantu anda sepanjang proses pembelajaran ini. Hasil dari buku ini sesuai digunakan oleh individu atau organisasi yang memerlukan panduan tetapan untuk penghasilan DTM dari dron yang bersesuaian dengan spesifikasi kerja atau projek anda.