Literasi Media & Maklumat Pascapandemik
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan dari segi kualiti kesihatan masyarakat bahkan telah menyaksikan kebanjiran maklumat sama ada benar atau palsu. Fenomena yang dinamakan sebagai infodemik ini memberi kesan kepada orang ramai untuk mendapatkan akses kepada maklumat yang berwibawa, boleh dipercayai dan dari sumber autoritatif semasa wabak berbahaya tersebut merebak. Bagaimanakah infodemik dan kecelaruan maklumat mempengaruhi audiens dalam proses mendapatkan maklumat yang sahih? Apakah perkara yang mempengaruhi, bagaimana maklumat dihasilkan, dicerap dan dikongsi oleh audiens pada saat tersebut? Buku ini akan membincangkan kepentingan literasi media dan informasi dalam menghadapi era kecelaruan maklumat yang disebabkan oleh pandemik. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan pelajar dan orang ramai untuk mendalami fenomena infodemik kerana sarat dengan maklumat berkaitan topik-topik penting seperti kecelaruan maklumat, mediatisasi, teknologi komunikasi, pempengaruh, hubungan parasosial, bias dalam pelaporan berita, produksi kandungan kreatif, infodemik dan trend dokumentari.