DENDAM SETH ADHAM
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Anis AshikaliSynopsis
“Aku cuma nak kau pura-pura, bukan betul-betul melacur!” Yakin dengan kata-kata Ghazar, selamba MAWAR NERISSA berdepan dengan SETH ADHAM. “Kalau betul dia perawan, aku supply seratus perempuan cantik yang masih suci, untuk kau secara percuma. Kalau kau tipu aku, satu perempuan pun kau tak kan dapat! Dan anak kau, aku lacurkan pulak selama seratus malam!” – SETH ADHAM Semudah itu, Dara dia menjadi taruhan untuk bisnes escort yang bakal mengenyangkan Ghazar. Sangka Mawar, dia cuma perlu berpura, sekali betul Ghazar jualkan dia. Hanya kerana, dia adalah DEAL BREAKER mereka. Di mata Mawar, Seth terlihat seperti lelaki yang budiman. Namun tak sangka, hanya kerana dendam, Seth sanggup rosakkan saudara seislam. “Kau berdendam dengan Ghazar, tapi kenapa hidup aku yang kau musnahkan? Ghazar yang berhutang, tapi kenapa aku yang kena bayar?!” jerit Mawar dalam esakan. “Sebab kau, darah daging Ghazar!” jawab Seth senafas. Namun, itu bukan asbab utama. Asbab utama adalah kerana hanya Mawar Nerissa yang boleh buat dendam dia terlunas. “Aku... aku rasa, aku mengandung!” cemas nada Mawar ketika mengkhabarkan berita itu. “Gugurkan!” arah Seth, mudah. Nadanya tak beremosi. Tenang. Datar. “Aku cuma akan gugurkan anak ni, dengan satu syarat. Marry me!” pinta Mawar, berani. "As you wish! Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan, sebagai pertukarannya… kau wajib gugurkan kandungan ni sebaik saja aku selesai nikahi kau!" Seth metrai perjanjian di antara mereka. Malam pertama mereka, Seth terus menuntut janji Mawar Nerissa. “Bila kau nak gugurkan anak tu?” “Aku tak pernah berjanji nak gugurkan kandungan ni, Seth,” yakin-yakin Mawar membalas. Janji mula diputar. Dan, Seth cukup pantang janjinya diingkar. “Kali ni, aku nak ajar kau supaya kau tak berani lagi main-main dengan aku! Bila aku berlembut, kau pijak kepala aku. Bila aku tak buat apa yang aku cakap, kau anggap aku main-main dengan ugutan aku! Sekarang, aku nak tunjuk gila, biar kau tahu jangan pernah sekali-kali mainkan aku!” bentak Seth Adham, seraya menarik Mawar agar mengekori langkahnya! “Kau berhak seksa aku semahu kau, asal jangan lacurkan aku, atau jual aku pada lelaki selain kau!” Itu yang Mawar janjikan, sebagai jaminan. Dan, agak-agaknya, apa hukuman yang akan Seth Adham berikan kepada seorang munafik seperti Mawar Nerissa? Dan, apa pula kaitan Mawar Nerissa, dengan Dendam Seth Adham?