Interaksi Pengalaman Pengguna Antara Muka Pengguna Semula Jadi

Interaksi Pengalaman Pengguna Antara Muka Pengguna Semula Jadi

RM 30.00

ISBN:

9786297547527

Categories:

General Academics
Engineering & IT

File Size

3.54 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (0)

Synopsis

Interaksi Pengalaman Pengguna: Antara Muka Pengguna Semula Jadi adalah buku penyelidikan yang melibatkan sebahagian daripada bidang ilmu interaksi manusia komputer dan penentu kejayaan sesebuah produk atau perkhidmatan. Fokus buku ini adalah terhadap NUI yang memberikan pengguna memperoleh pengalaman positif, iaitu menyeronokkan dan mengujakan semasa mengguna sesuatu sistem. NUI adalah istilah untuk menghuraikan kepelbagaian reka bentuk antara muka gerak isyarat sama ada melalui keseluruhan tubuh manusia atau bahagian tertentu tubuh manusia sebagai input untuk mengawal sistem. Perbincangan berkisar kepada UX dalam muzium maya yang mana penglibatan pengguna masih tidak menjadi fokus utama reka bentuknya, iaitu tidak mempunyai aktiviti yang boleh merangsang pengetahuan pelawat, metafora penceritaan yang kurang jelas dan sukar untuk difahami, justeru menyebabkan kesan emosi pengguna berada pada tahap rendah. Penulis mencadangkan sebuah model interaksi gerak isyarat yang menggabungkan penceritaan digital untuk warisan maya, berteras pengalaman pengguna. Model GeSToUX berpotensi membantu meningkatkan tahap pengalaman pengguna semasa berinteraksi dengan sistem warisan maya untuk meneroka dan memperoleh ilmu pengetahuan berkaitan koleksi yang dipaparkan oleh sesebuah institusi warisan seperti muzium. Pendekatan reka bentuk berpusatkan pengguna diterapkan dengan melibatkan potensi pelawat muzium sebagai keutamaan sepanjang proses mereka bentuk antara muka prototaip sistem. Pengujian dibuat terhadap prototaip untuk menentusahkan model GeSToUX. Model GeSToUX dapat dijadikan panduan untuk pereka dan pembangun menghasilkan aplikasi persekitaran warisan maya. Buku ini sesuai menjadi rujukan untuk pengkaji bidang UX, pengkaji warisan maya, pelajar serta sesiapa yang berminat tentang perkembangan penggunaan teknologi digital dalam warisan budaya.