Mendorong Anak Suka Mengaji
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
“Saya penat mengajar anak saya mengaji, tapi dia masih tidak mampu”
“Anak saya malas untuk mengaji, apa yang perlu saya buat?”
“Ada sahaja alasan dia tidak mahu mengaji”
Setiap anak mempunyai kemampuan dan perkembangan yang berbeza. Ada yang mampu mengaji dengan baik, ada yang perlu diberi perhatian yang lebih. Jangan salahkan anak dan jangan salahkan diri. Setiap cabaran yang kita lalui ada solusinya. Antara Tip dan Teknik Mendorong Anak Suka Mengaji adalah:
- Mulakan mengaji dengan menyanyi
- Lakukan aktiviti yang menarik sambil mengaji
- Berikan pujian segera seperti, “Bagus” dan “Terbaik”
- Tetapkan jadual waktu untuk anak mengaji
Mendorong Anak Suka Mengaji adalah buku yang menggabungkan perspektif agama dan psikologi kanak-kanak. Buku ini didedikasikan khas buat ibu bapa dan para pendidik untuk mengajar anak-anak mengaji, dalam masa yang sama menanamkan perasaan suka dan cinta untuk mengaji al-Quran dalam diri anak-anak.