Wifi dan Sistem Pembiakan Lelaki: Pencegahan Menggunakan Sarang Burung Walit
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Sehingga hari ini, banyak sumber ilmiah yang mencirikan secara mendalam kesan dedahan Wi-Fi terhadap kesuburan lelaki. Namun, masih belum ada sumber ilmiah yang mengupas kesan dedahan Wi-Fi terhadap perkembangan sistem pembiakan lelaki terutamanya apabila dedahan tersebut diterima dari umur sebelum baligh. Oleh itu, buku ini mengambil pendekatan untuk mencirikan kesan Wi-Fi pada frekuensi 2.45 GHz dengan tetapan piawai IEEE 802.11b/g/n terhadap perkembangan sistem pembiakan lelaki apabila dedahan Wi-Fi diterima sejak umur akil baligh sehingga umur dewasa. Alternatif bagi mengatasi kesan dedahan Wi-Fi tersebut, keberkesanan suplementasi sarang burung walit (EBN) turut diteliti. EBN merupakan satu produk semula jadi Malaysia yang telah menembusi pasaran antarabangsa. Justeru, kupasan ilmiah ini diharap dapat meningkatkan lagi nilai saintifik serta nilai EBN di pasaran dunia.