My Next Mistake

My Next Mistake

RM 13.00

ISBN:

9789671409824

Categories:

Romance

File Size

1.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2023
Favorite (2)

Synopsis

Semua orang pernah buat silap dalam perhubungan, namapun manusia. Being a human, memang akan berjumpa dengan pelbagai kesilapan. Tak apa kalau silap itu hanya sekali dan kita perbaiki. Tapi, kalau kesilapan yang sama, kita ulangi? Itu namanya bukan silap. Itu namanya BODOH!

 Zaraa Amani, seorang pensyarah sebuah kolej yang mengajar subjek pemasaran, sukar untuk memasarkan dirinya sendiri. Dia selalu saja membuat pilihan yang salah dan bercinta dengan orang yang salah. Tak tahu di mana silapnya, hubungan cintanya selalu berakhir dengan alasan dan dia tak serik untuk melalukan kesilapan itu sebanyak empat kali!

Pertemuan Zaraa Amani dengan seorang peguam, Aniq Hakimi sewaktu di majlis perkahwinan adiknya, Faraa Amani telah membuatkan Zaraa tertarik, namun Zaraa menjadi lebih berhati-hati untuk memilih dan cuba melawan arus. Apa yang peliknya, setelah dia berjumpa dengan Aniq, semua lelaki di dalam hubungannya yang silap itu muncul kembali dan menagih cintanya semula. Untuk menolak mereka, Zaraa terpaksa menggunakan nama Aniq. Sehinggalah... Zaraa kantoi!

“Berapa kali saya nak cakap, sampai kiamat pun saya tak akan terima awak balik Umar. Saya nak kahwin hujung tahun ni dengan...”

“Siapa?”

“Aniq Hakimi!”

“Sayalah tu...”

Kesungguhan Aniq meragut hati Zaraa membuatkan Zaraa percaya bahawa Aniq bukanlah next mistake seperti hubungan cintanya yang lalu. Lagipun, keluarga kedua-dua belah pihak, masing-masing tiada halangan untuk menyatukan Zaraa dan Aniq. Namun, kehadiran Syaziya, bekas tunang Aniq membuatkan Zaraa tawar hati dan mengulangi kesilapannya yang lalu dengan melepaskan Aniq kepada Syaziya.

Siapa awak untuk tentukan siapa yang terbaik untuk saya? Tuhan? – ANIQ

This relationship is a mistake kalau kita teruskan juga sekiranya masih ada Ziya. Kita berdua tahu itu. Salah seorang daripada kita, perlu akhirinya. – ZARAA

Salah seorang daripada kita akan menyesal kerana melepaskan seseorang yang sangat mencintai dia. – ANIQ

Berjayakah Zaraa mendapatkan Aniq semula? Atau melepaskan Aniq merupakan kesalahannya yang kelima?

Not all of us can get an ‘I love you too’... – ZARAA

Kalau ini cara kau fight cinta kau, aku harap kau tahu apa kau buat. Orang gila saja yang berani mempertaruhkan hatinya sendiri untuk dicincang dan dilumat buat umpan! - NADIA

Tak salah kalau silap jatuh cinta tetapi salah kalau buat kesilapan yang sama...