Getarkan Jiwa! 10 Buah Lagu Popular
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Norazlena binti LazimSynopsis
Buku ini diterbitkan sebagai panduan guru- guru penasihat dan peminat muzik tradisional angklung yang sedang mempelajari seni angklung. Ini adalah kerana sepanjang pengalaman saya mengendalikan kelab angklung, skor untuk alat muzik angklung amat terhad di pasaran baik secara salinan lembut (soft copy) atau salinan keras (hard copy). Ramai yang mengeluh kurangnya bahan ini terutamanya di sini termasuklah saya sendiri apabila mengendalikan kelab angklung sekolah.
Buku ini terdiri dari empat bahagian. Pada bahagian pertama berisi pengantar, bahagian kedua serba sedikit tentang angklung, ketiga cara membaca nada angklung dan keempat skor 10 lagu yang popular baik di dalam negara mahu pun luar negara. Skor ini boleh dimainkan dengan menggunakan angklung sebenar secara solo/ensemble atau menggunakan aplikasi angklung seperti Real Angklung., Angklung Sunda dan pelbagai aplikasi lain yang berkaitan.
Buku “Getarkan Jiwa” ini jauh dari sempurna. Oleh kerana itu, saranan atau kritikan yang membantu sangat diharapkan. Mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan sebagai pengayaan kepada peminat angklung, guru-guru dan anak-anak didik dek kurangnya sumber di tanahair mahupun secara maya. Akhirnya, semoga tulisan ini dapat bermanfaat bagi sesiapa saja yang ingin belajar menggetarkan alat muzik angklung.