Kesalahan Kesusilaan Jenayah Syariah
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Kesalahan berhubung dengan kesusilaan di bawah akta atau enakmen kesalahan jenayah syariah biasanya dikaitkan dengan akhlak seseorang baik yang dilakukan secara terang atau sembunyi. Namun permasalahan semasa dalam perundangan yang diaplikasikan di mahkamah berkaitan dengan kesalahan kesusilaan ini perlu dihuraikan dan dipekemaskan. Isu pertama yang dihuraikan adalah mengenai perbuatan tidak sopan di media sosial. Perbuatan tidak sopan kini sering kali dilakukan di dalam media sosial. Permasalahan semasa yang diutarakan adalah berkaitan definisi kesalahan perbuatan tidak sopan di media sosial serta proses pembuktiannya di mahkamah syariah. Manakala isu kedua adalah liwat. Perbuatan liwat adalah salah disisi Islam. Namun timbul permasalahan berkaitan definisi liwat di bawah akta dan enakmen kesalahan jenayah syariah. Isu terakhir adalah mengenai kesalahan percubaan persetubuhan haram. Permasalahan yang timbul adalah sama ada perlunya perincian indikasi tahap niat dan juga perbuatan pesalah yang melakukan kesalahan perbuatan percubaan persetubuhan haram. Berasaskan kepada elemen niat tersebut juga boleh membantu mahkamah untuk menentukan tahap hukuman yang sewajarnya boleh dijatuhkan ke atas tertuduh di bawah kesalahan percubaan persetubuhan haram.