Pelepasan Liabiliti Petani Di Bawah Akta Persidangan 2010
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
Buku ini memaparkan mekanisme perundangan bagi menangani amalan anti-persaingan yang memudaratkan pembangunan pasaran pertanian tempatan serta mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada penindasan ekonomi petani berskala kecil. Selain itu, polisi dan struktur pasaran pertanian Malaysia turut dikenal pasti dalam proses menggalakkan pembangunan industri pertanian tempatan. Khususnya buku ini mengkaji sama ada kaedah pengecualian liabiliti petani dalam menjalankan aktiviti komersial bersifat anti-persaingan ini akan menggalakkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian yang berdaya saing. Undang-undang persaingan adalah pedang dan perisai kepada golongan peladang untuk memeliharakan bekalan makanan domestik. la membanteraskan kartel harga oleh pemborong dan mendorong kecekapan peladang melalui usaha kemampanan bekalan makanan. Orang awam perlu mengambil tahu akan fungsi undang-undang persaingan agar pasaran bebas akan dimanifestasikan dalam industri pertanian. Justeru, buku ini sesuai untuk bacaan orang awam, ahli akademik, pelajar pusat pengajian tinggi, penggamal serta penguatkuasa undang-undang.