Filem Dari Perspektif Dakwah
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Rosmawati Mohamad Rasit.Synopsis
Buku Filem Dari Perspektif Dakwah ini diterbitkan bagi menampung keperluan mengenai kepentingan memahami naratif filem Melayu dalam konteks dakwah dan patuh syariah. Buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan asas terutama dalam memahami perbincangan filem dari perspektif dakwah. Media filem yang menjadi pilihan khalayak yang gemarkan hiburan membuka ruang kepada para penggiat industri untuk meneroka dan bereksperimen dengan genre filem melalui karya patuh syariah sebagai usaha menyampaikan dakwah. Islam menyediakan peluang untuk beramal melalui karya yang mengangkat mesej kebaikan tanpa menafikan tuntutan dan kewajipan menegah kemungkaran dalam filem-filem yang diterbitkan. Justeru, buku ini menyediakan panduan kepada para pengamal industri yang berminat untuk meneruskan tugas dakwah bagi menghasilkan produk filem yang baik buat tontonan khalayak.