JAWHAR (IMPERFECT GENTLEMAN)

JAWHAR (IMPERFECT GENTLEMAN)

RM 18.00

ISBN:

978-967-2809-20-3

Categories:

Romance

File Size

0.85 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (2)

Synopsis

Mutiara, 35 tahun – Miss Overthinking berlesung pipit. Mempunyai kebolehan bercakap melulu tanpa berfikir. Prejudis kepada hampir semua orang.

“Menyampah betullah tengok dia geleng-geleng kepala time tu. Teleng karang, padan muka. Dia setakat pot pet pot pet senanglah. Dia kan bos besar?”- Mutiara

Ahmad Jawhar, 44 tahun – duda yang digelar si beruang kutub, introvert berbadan besar dan tinggi lampai. Lebih suka bercakap di dalam hati. Selalu menyangka yang orang akan faham maksud di sebalik tindak-tanduknya.

Naluri mengatakan yang wanita itu tidak sukakannya. Tapi kenapa? Puas dia berfikir dan rasanya dia tidak pernah buat sesuatu yang boleh menyakiti atau menyinggung perasaan wanita itu. - Jawhar

Dalam sekelip mata, takdir mengubah perjalanan hidup mereka berdua. Rancangan orang-orang tua, mungkin bisa menyatukan atau menjarakkan lagi perhubungan yang sedia ada.

“Beberapa minit yang lalu saya masih lagi memanggil encik, beruang kutub, tau? Dan encik pulak masih lagi layan saya dengan muka ketat dan kerek.”- Mutiara

“Pertama, saya tak pernah berubah. Jawhar yang awak kenali sebagai beruang kutub, atau kerek, atau cerewet itu sama dengan Jawhar yang awak nampak sekarang ini.”- Jawhar

Keseraisan dan kejujuran itu penting. Namun, serasi hanya mampu dimiliki sekiranya pasangan mempunyai masa untuk mengenali diri masing-masing; dan, bagaimana kalau bersikap jujur itu bermakna, harus mengungkit kisah silam yang mahu dilupakan, malah terpaksa menyakiti hati yang lain?

“Kenapa awak obsessed sangat dengan benda ni? Awak takut yang saya mungkin lelaki yang tak baik ke? Pukul bini? Kaki perempuan?”

“Kalau obsessed sekalipun, tak salah kan? Saya ada hak nak tau lelaki macam mana yang akan dijodohkan dengan saya.”

“Awak tak percayakan saya, ke?”

“Percaya bukan boleh muncul macam tu aje, encik. People don’t put their trust in strangers.”

Miss Overthinking – tak ingin terluka.

Vs.

Si beruang kutub – orang yang pernah disakiti. Lalu, bagaimana mereka dapat bersatu dalam kehidupan yang penuh dengan kemungkinan seluas lautan?

Cukupkah kata-kata untuk menyakinkan hati supaya dimiliki? Cukupkah keinginan sahaja untuk kita menggapai bahagia?