Memori Cinta Akmal

Memori Cinta Akmal

RM 18.00

ISBN:

978-967-26567-3-9

Categories:

General Novel

File Size

3.93 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (1)

Synopsis

“Yang tu awak tak payah risau. Tahulah saya nak selesaikan masalah ni. Saya akan pastikan cikgu awak ni jatuh cinta dengan saya lagi.” selamba Akmal berkata setelah sekian lama mendiamkan diri.

Ariana menjeling. “Oh, really? We will see...” Ariana berkata sinis.

 

Selepas pulang dari percutian di Genting highland, perhubungan Akmal dan Ariana semakin rapat walaupun kadangkala ‘seperti anjing dan kucing’. Saban hari, Akmal sentiasa cuba membuktikan perasaan sayangnya terhadap Ariana, manakala Ariana sering dilanda kebimbangan yang luka lama berulang kembali. Perhubungan mereka baik-baik sahaja walaupun kadangkala terjadinya perang mulut walaupun berkisar isu remeh. Biasalah Akmal. Sikit-sikit nak baik angin. Sikit-sikit nak mengamuk. Tapi, dalam nak naik angin tu...kata-kata sayang dan rindu tak pernah putus bermain di bibir lelaki itu buat Ariana.

Namun, langit tak selalunya cerah. Kehadiran Shasha, pelajar baru di sekolah itu membuatkan hubungan Akmal dan Ariana teruji. Disebabkan satu insiden, membuatkan Shasha mahu mengenali dan mendekati Akmal. Dia cuba menawan hati lelaki itu, namun Akmal menolak mentah-mentah. Bengang kerana cintanya ditolak, membuatkan Shasha menggunakan cara ‘kotor’.

 

“Sayang...saya boleh jelaskan...”

“Nak jelaskan apa lagi? Saya tak buta lagilah Akmal. Saya nampak apa yang awak buat dengan budak tu. Tergamak ya Akmal. Kalaupun awak dah terdesak sangat, jangan nak buat dekat sini. Sini sekolah. Tempat menuntut ilmu. Bukan sarang maksiat!”

Betulkah Akmal begitu terdesak sampai sanggup curang dan mengkhianati Ariana? Dan apa insiden yang berlaku antara Shasha dan Akmal sehingga membuatkan gadis itu begitu tergila-gilakan Akmal?

 

Blurb

Kasih untuk Ariana

“Nasib baiklah abang jumpa sayang. Kalau tak, mungkin abang tak jadi orang dah...” Akmal akhirnya tersengih.

“Kalau abang tak jadi orang, agak-agak abang jadi apa?” soal Ariana sengaja mahu mengusik.

“Abang jadi ulat bulu kot.” Akmal menjawab separuh mengusik.

“Ulat bulu? Kenapa ulat bulu?”

“Sebab ulat bulu dah naik daun dah ni. Dah rasa ‘gatal-gatal’ dah ni.” Senyum nakal semakin melebar di bibir Akmal.

 

Setelah beberapa tahun berlalu, kehidupan Akmal dan Ariana semakin  bahagia di samping dua anak kembar mereka, Airil dan Airis. Malah, perasaan cinta antara Akmal dan Ariana semakin hari semakin dalam, sehingga Ariana merasakan tiada apa lagi yang dia mahukan. Dia punya kehidupan yang lengkap dan sempurna. Ada suami penyayang seperti Akmal, punya anak kembar yang sangat comel dan bijak dan juga perniagaan pusat tuisyen yang semakin maju.

Namun, setiap kehidupan pasti ada pasang surutnya, kehadiran Suzi buatkan Ariana mula terfikir akan sesuatu. Sesuatu yang sedikit sebanyak menganggu fikirannya. Malah, kelakuan Akmal yang agak pelik sejak kebelakangan ini, buatkan Ariana mula tak sedap hati.

Sikap Akmal yang sudah pandai berahsia, buatkan naluri Ariana kuat mengatakan pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh lelaki itu. Firasatnya ternyata benar apabila dia tiba-tiba menerima satu panggilan telefon.

Siapa yang menghubungi Ariana?

Dan apa sebenarnya yang cuba diorokkan oleh Akmal dari pengetahuan Ariana?

Dan apa kaitan Nelly, bekas tunang Akmal dalam hal ini?