Roti Pisang Untuk Bintang

Roti Pisang Untuk Bintang

RM 9.90

ISBN:

978-967-18014-5-1

Categories:

Romance

File Size

1.21 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (1)

Synopsis

Izar Zalfa, seorang gadis yang sememangnya gilakan roti pisang. Sehinggalah satu hari, satu roti pisang berjaya menarik seleranya setinggi gunung. Dan, dia tekad untuk mencari tahu gerangan siapa yang mencipta resepi roti pisang selazat itu. Tak akan boleh jumpa di bakeri lain!

“Roti pisang awak memang daebak. Saya makan semalam, terus saya jatuh hati. Bukan setakat jatuh hati dengan roti pisang tu aje. Dengan si tukang roti pisang tu sekali. Saya nak jadi kawan awak, boleh?” – Izar Zalfa

“Sorry. Aku bukan jenis suka bergaul. Roti pisang tu jangan lupa bayar, ya.” – Adib Ferran Lee

Nampaknya si tukang roti itu jual mahal. Tapi itu tidak membuatkan dia berputus asa. Dia akan terus-menerus mencuba menarik perhatian lelaki itu sehingga mereka bertukar status menjadi kawan.

Namun status itu masih lagi tak dapat ditukar dek kesombongan si tukang roti itu. Izar Zalfa berputus asa. Kesedihan menghurungi dirinya bagaikan baru lepas putus cinta! Kerana itu, dia pasrah. Orang dah tak sudi mahu berkawan dengannya, untuk apa mahu dipaksa-paksa?

“Hmm... aku nak mintak maaf dengan kau pasal tempoh hari. Aku tahu aku tak patut buat kau macam tu.” – Adib Ferran Lee

Izar Zalfa bagaikan bermimpi saat lelaki itu muncul di hadapannya setelah lama mereka tidak bersemuka. Patutkah dia memaafkan lelaki bernama Adib Ferran Lee itu? Sekiranya dia memaafkan, mampukah dia menukar status mereka kepada kawan? Ataupun kekasih dunia dan akhirat?