Tujuh Hari Panjang Saga Sheraton

Tujuh Hari Panjang Saga Sheraton

RM 60.00

ISBN:

978-967-488-160-3

Categories:

Politics

File Size

3.87 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Tahun 2020 dibuka dengan satu lagi episod bersejarah dalam politik Malaysia iaitu krisis penjajaran semula politik negara atau lebih dikenali umum dengan pelbagai nama seperti Krisis Sheraton, Langkah Sheraton, Operasi Sheraton atau Kudeta Sheraton. Pergolakan “tujuh hari panjang” tersebut menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara selama dua puluh dua bulan ke tangan gabungan politik baru yang dikenali dengan nama Perikatan Nasional (PN). Krisis Sheraton mencipta sejarah dan kontroversi apabila buat pertama kalinya, peralihan kuasa tidak dilakukan menerusi mekanisme iaitu pilihan raya umum. Tindakan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan secara mengejut telah memulakan mega plot yang dipenuhi ketidaktentuan, pergelutan, kecelaruan dan kekeliruan. Tidak terhenti di situ, krisis politik ini disusuli pula dengan krisis kesihatan paling mencabar selepas kemerdekaan iaitu wabak Covid-19. Pertembungan krisis politik dan krisis kesihatan ini memberikan dimensi timbal balik yang mendalam terhadap trajektori politik Malaysia. Buku ini ditulis bagi merenung dan mentafsir perkembangan yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas berakhirnya tujuh hari panjang tersebut. Ia memfokuskan kepada isu-isu utama yang banyak diperbahaskan masyarakat umum seperti apakah motif atau motivasi yang mendasari Krisis Sheraton? Siapakah “Keyser Soze” iaitu individu yang menggerak atau menjadi pencatur utama dalam menjayakan pembentukan kerajaan PN? Bagaimana pendirian dan peranan Sarawak dan Sabah dalam rancangan tersebut? Apakah implikasi Krisis Sheraton terhadap politik dan perundangan di Malaysia? Apakah keunikan peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja dalam menyelesaikan krisis yang tidak pernah berlaku itu? Apakah perlantikan Perdana Menteri Interim yang disandang oleh Mahathir selama tujuh hari itu sah di sisi undang-undang? Bagaimanakah DAP berperanan dalam membuka jalan terhadap krisis tersebut? Sejauhmana media sohor kini memberikan jawapan terhadap teka teki yang wujud sepanjang berlangsungnya krisis? Apakah sumbangan yang dimainkan oleh gabungan Muafakat Nasional? Bagaimana golongan muda seperti mahasiswa memberi reaksi mereka terhadap krisis yang berlangsung dan tidak ketinggalan, bagaimana krisis Covid-19 dihujahkan menjadi ‘penyelamat’ kepada legitimasi Perdana Menteri baru, Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dipimpinnya. Ditulis dengan gabungan pendekatan akademik dan popular dan dibantu dengan maklumat-maklumat primer, buku ini di harap dapat menjadi rujukan preliminari mengenai saga yang telah mencipta enigma tersendiri.