Derita Kasih Emylia
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Anis AshikaliSynopsis
Punya zuriat, itulah impian setiap pasangan suami isteri yang melangsungkan perkahwinan. Namun, kemahuan Emylia Nur sangat berbeza dengan apa yang suaminya mahukan. Eqwan Daniel mahukan anak. Emylia Nur katakan tidak. Tiap kali perihal anak dibangkitkan, alasan Emylia sama! Belum bersedia. Dua kali Emylia keguguran. Daniel sangka, rezeki tak menyebelahi mereka. Tak sangka pula semua itu, merupakan plan isterinya.
“Dan, percayalah! I bersumpah Dan! I tak bunuh anak kita! – Emylia
Sayangnya, hanya kerana satu salah faham, Emylia hilang anak, hilang suami. Malah, dia terpaksa jalani semua kehilangan itu, serta proses D&C seorang diri. Tak cukup dengan itu, apabila dia pulang ke rumah untuk selamatkan rumahtangganya, Daniel hampir membunuhnya.
“Untuk penipu macam you, I rasa ujian tu terlalu sikit! Derita yang you rasa, tak adil untuk orang yang ditipu hidup-hidup macam I ni! You patut menderita lebih lagi, Em!”- Daniel
“Berapa kali you nak dengar I bagi penjelasan yang sama, Dan? Berapa kali you nak I cakap yang I tak bunuh anak kita?” lirih suara Emylia melontar tanya.
“Sejuta kali you cakap, satu kali pun belum tentu I akan percaya!” bentak Daniel kasar.
“Kalau macam tu, hamilkan I sekali lagi, Daniel! I boleh beri you anak, seramai yang you mahu!” – Emylia
Dalam benci Daniel hamilkan juga Emylia buat kali yang ketiga. Bila dah dapat apa yang dia mahukan, dia biarkan isterinya terkontang kanting sendiri. Kalah dengan rasa rindu yang mendalam, Emylia dekati Daniel demi satu pertolongan. Tapi, Daniel yang kalah dalam nafsu, dan Emylia dipersalahkan.
“I perlukan tubuh you saja, Em.” – Daniel
Emylia rasa terhina. Daniel lakukan dirinya tak ubah seperti seorang pelacur. Daniel lupa, mereka cuma manusia biasa. Bukannya tuhan! Sekalipun dia pernah buat salah, tak layakkah dia untuk mendapat secebis kemaafan? CINTA EMYLIA menyingkap rahsia, di antara Emylia dan Daniel, siapa yang lebih kejam?