Senibina Universiti Melalui Lakaran
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Synopsis
‘Senibina Universiti Melalui Lakaran’ ini merupakan dokumentasi penulis terhadap seni bina bangunan di universiti awam tempatan, khususnya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Melalui pemerhatian dan pengalaman melawati satu-satu bangunan, informasi seperti reka bentuk, motif dan keberkesanannya terhadap pencahayaan dan pengudaraan semulajadi direkod dalam medium lukisan dan lakaran. Dengan kemajuan teknologi, perisian komputer kerap digunakan, malah melebihi kapasiti had yang dibenarkan. Perisian komputer seharusnya membantu memudahkan urusan, bukan menggantikan kemahiran melukis semulajadi secara total. Lukisan tangan seharusnya menjadi medium komunikasi yang cepat, mudah dan berkesan, terutama dalam fasa eksplorasi idea.