Hanya Segenggam Setia
RM 28.00
ISBN:
9789670870960
Categories:
General Novel
File Size
1.08 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2022
Favorite (1)
Author
Ayra ZahraSynopsis
Kata bidalan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa’ tepat menembak Aqil sehingga menembusi jantung, namun apakan daya, dia tidak punya upaya untuk berpatah balik. Bicara yang sudah terungkap cukup membunuh jiwa kerana dia masih mencintai Qaireen Imanina. Hanya kerana prasangka dan cemburu, Qaireen Imanina dilepaskan tanpa kerelaan wanita itu.
“Abang rindukan Reen.” – AQIL
Menangislah, menjeritlah, meraunglah sekuat mana pun, Qaireen Imanina terpaksa menelan pahitnya rasa yang menjerut perasaan. Dia hampir lumpuh. Kekuatan diri musnah gara-gara percaturan Aqil yang meletakkan dia kembali kepada keluarga. Sesungguhnya, bukan ini pengakhiran yang diharap-harapkan. Dia ingin bahagia, bukan derita. Andai sudah tertulis atur jalannya begini, dia akur.
“Kau kena tabah. Ini ujian kau.” SAFI
“Aku perlu tabah.” – QAIREEN IMANINA
Takdir menemukan Hayyan Azri dan Qaireen Imanina di bawah satu kapal. Bermula dari secawan kopi sehinggalah membibitkan rasa cinta pada Hayyan Azri. Ya... Dia jatuh cinta pandang pertama namun belum mengetahui status sebenar sang pujaan hati. Bagi Qaireen Imanina, bukan mudah untuknya membalas perutusan cinta lelaki itu. Luka yang bersisa kekal berparut walau darahnya sudah tiada.
“Saya sukakan awak Qaireen Imanina.” – HAYYAN AZRI
Kisah cinta yang baru mekar menguntum bukan hal yang ingin didengar Hani Nazirah. Apatah lagi jiwanya mengalun kerinduan dan perasaan kasih terhadap abang sepupu sendiri, Hayyan Azri. Dia nekad, urusan hati harus ditangani dengan apa cara sekalipun. Dia mahu duduk di takhta hati lelaki itu sebagai permaisuri.
“Kau bodoh Hayyan kalau kau lepaskan Reen jatuh ke tangan Hadif!” – HAYYAN AZRI
Hayyan Azri penasaran saat Hadif Fakhri muncul dalam kelongsong hidup Qaireen Imanina. Sebagaimana rasa cinta yang kekal mekar memenuhi taman hati, dia harus memenangi Qaireen Imanina kembali.
Antara Hayyan Azri dan Hadif Fakhri, siapa yang punya upaya menembusi ke hati Qaireen Imanina? Mampukah Aqil meraih kembali cintanya setelah membuang wanita itu tanpa sekelumit belas dan ehsan? Sejauh mana Hani Nazirah sanggup berjuang dan berkorban demi sebuah rasa cinta yang didamba-dambakan?