Undang-Undang Tort Dan Liabiliti Di Malaysia
ISBN:
Categories:
File Size
Format
Language
Release Year
Author
Nur Khalidah DahlanSynopsis
Buku ini memaparkan isu-isu berkaitan undang-undang tort dan liabiliti di Malaysia. Boleh dikatakan bahawa undang-undang tort dan liabiliti sering dikaitkan dengan pelbagai isu khususnya melibatkan hak pengguna dan pihak-pihak lain yang terlibat. Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan bahagian pengenalan yang menjelaskan tentang perspektif-perspektif khusus yang telah dikaji dan dibincangkan oleh pengarang yang telah menyumbang hasil penulisan mereka di dalam buku ini. Seterusnya, terdapat perbincangan serta kupasan berkaitan dengan penunggang basikal. Adakah isu keselamatan dan pampasan kepada penunggang basikal dapat diketengahkan oleh keluarga si mangsa? Turut dibincangkan seterusnya adalah aspek penanggungan liabiliti dan kadar pampasan kes kemalangan jalan raya. Selain itu, aspek produk liabiliti terhadap produk kecantikan yang tidak berdaftar di Malaysia turut disentuh dalam penulisan buku ini. Selanjutnya, perbincangan dibuat bagi tujuan untuk mengenal pasti apa itu tuntutan melampau (overclaim) dalam pengiklanan produk kesihatan. Buku ini untuk turut menyentuh aspek perubatan iaitu dengan menganalisis undang-undang yang relevan bagi melihat pendekatan mahkamah di Malaysia dalam menentukan liabiliti pihak hospital dalam kes kecuaian perubatan yang dilakukan oleh kontraktor bebas. Justeru, secara keseluruhannya buku ini sesuai untuk bacaan orang awam, ahli akademik, pelajar pusat pengajian tinggi, pengamal serta penguatkuasa undang-undang.