Restarted
RM 20.00
ISBN:
978-967-19868-5-1
Categories:
Romance
File Size
0.40 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2022
Favorite (4)
Author
Yaya Abdul RahmanSynopsis
Rumahtangga Ria Qistina hancur musnah dek ceteknya nilai perikemanusiaan yang dimiliki oleh Hadif Haikal. Ternyata tiga tahun anyaman mahligai cinta mereka sia-sia. Lahirnya Lufya Qayl, anak istimewa tanpa sebelah tangan telah membubarkan status Ria Qistina sebagai isteri sah Hadif Haikal. Sungguh mudah talak dilafazkan oleh suaminya. Asbab, Hadif Haikal tidak rela mempunyai anak OKU. Tidak betah reputasi kerjaya modelnya rabak dek mempunyai zuriat yang cacat.
Ria Qistina nekad. Dia perlu bangkit semula dan membina hidup dia dan anak syurganya. Dia mahu mengejar impiannya, masa depannya, cita-citanya yang lama terkubur. Lufya Qayl adalah sumber kekuatannya. Untuk terus melangkah dan mengharungi pancaroba dunia.
Kehadiran Ria Qistina di syarikatnya sungguh menyenangkan hati Tuan Luth. Namun, tanpa diduga, Ria Qistina dilamar oleh si Faris Shah Altos Ritz, sepupu kepada Tuan Luth. Ah sudah! Dia tersepit di tengah-tengah antara dua sepupu rapat itu.
Keadaan bertambah menyesakkan apabila bekas suaminya iaitu Hadif Haikal muncul dalam hidupnya. Tidak sudah-sudah Hadif Haikal memujuk rayu ingin mengajak Ria Qistina rujuk semula. Demi anak mereka, si comel Lufya Qayl.
Ria Qistina bungkam. Siapakah yang selayaknya bertahta di hati wanitanya? Pria-pria yang mendampinginya ini sangat istimewa dalam kelas mereka yang tersendiri. Tuan Luth, Faris Shah Altos Ritz ataupun si Hadif Haikal?
Siapakah jawapan kepada istikharah cintanya? Masihkah dia punya bahagia setelah hatinya dikecewakan dahulu.