Transaksi Komersial dalam Talian

Transaksi Komersial dalam Talian

RM 30.00

ISBN:

978-967-251-613-2

Categories:

General Academics

File Size

1.46 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Favorite (0)

Synopsis

Aktiviti dalam talian sudah menjadi lumrah bagi hampir setiap individu di dunia ini. Di samping rancak berinteraksi sesama sendiri di media sosial, kemudahan yang disediakan oleh pelbagai platform dalam talian membantu setiap individu dan perniagaan melunaskan hasrat dan matlamat mereka dalam kelangsungan kehidupan peribadi dan maslahah perniagaan. Transaksi dalam talian menjadi satu mekanisme yang sangat berperanan dalam melancarkan aktiviti komersial yang dilihat lebih menjimatkan masa dan ruang berbanding transaksi secara fizikal, lebih-lebih lagi apabila pandemik COVID-19 melanda dunia. Namun begitu, dalam menelurusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan, masyarakat harus peka dan sedar bahawa apa yang mereka lakukan perlu selari dengan kehendak perundangan dan etika agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Di samping itu, masyarakat juga perlu memastikan bahawa segala transaksi yang dilakukan berada dalam persekitaran maya yang selamat dan tidak mendatangkan ancaman kepada diri mereka. Buku ini yang mengupas pelbagai isu berkisar transaksi dalam talian dapat menjadi rujukan dan panduan yang bermanfaat kepada segenap lapisan masyarakat.